Wednesday, July 22, 2009

SEMBAHYANG HAJAT BERJEMAAH, MEMBACA YASSIN DAN DOA TOLAK BALA

InsyaAllah, Sekolah Rendah Sungai Liang akan mengadakan Sembahyang Hajat Berjemaah, Membaca Yassin dan Doa Tolak Bala bersama guru-guru dan murid-murid Tahun 4,5 dan 6 sahaja pada 23hb Julai 2009; jam 07.30 pagi di Dewan Iltizam Sekolah Rendah Sungai Liang.

Ini adalah inisiatif sekolah di samping pemeriksaan suhu badan kepada murid-murid setiap hari bagi pemantauan jangkitan Influenza A H1N1, kita juga memohon kepada Yang Maha Esa agar warga sekolah khususnya dan Negara Brunei Darussalam amnya terhindar daripada semua bala bencana.